Pernahkah anda mengamalkan bekam bagi mengeluarkan angin dan darah kotor agar tubuh menjadi lebih sihat? Bekam dalam istilah Melayu membawa maksud mengeluarkan angin dalam badan atau pelepasan darah kotor daripada badan, manakala dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai al-Hijamah, iaitu kaedah pembersihan darah atau angin dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan.
Walaupun perkembangan industri kecantikan dan penjagaan diri semakin canggih, terbukti bekam masih menjadi tumpuan sebagai rawatan alternatif bagi memberi keseimbangan tubuh badan. Ia juga didakwa mampu menyembuhkan kira-kira 72 jenis penyakit dan disenaraikan sebagai kaedah rawatan alternatif.
Berbekam adalah terapi perawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit yang disyorkan Nabi Muhammad SAW dan direstui amalannya oleh Allah SWT.
Bekam basah atau bekam darah menguasai 30% teknik berbekam dan terbahagi kepada dua iaitu bekam darah moden dan bekam darah sunnah (mengikut sunnah Rasulullah). Perbezaan ialah bekam moden menggunakan jarum, boleh dilakukan mengikut kelapangan pesakit tidak mengira waktu, sekerap dua kali seminggu dan tidak kisah jika pengamalnya lelaki atau perempuan.
Teknik bekam yang diperkenalkannya dgn cara moden adalah selamat.Tidak sakit, tidak berbahaya dan ianya berkesan mengubati, mengeluarkan darah kotor dan mencegah penyakit. Dalam jangka masa singkat, bekam didakwa mampu memperbaiki dan menjadikan tubuh lebih sihat dan bertenaga.
Siapakah yang dilarang berbekam darah?
Individu yang dilarang atau berisiko tinggi untuk berbekam darah ialah wanita yang sedang mengandung, wanita yang sedang haid, wanita yang kerap gugur, individu yang fizikalnya terlalu lemah, orang tua uzur, kanak-kanak dibawah umur 5 tahun, pengidap kanser darah, pembawa HIV, pengidap Hepatitis, pengidap diabetes yang darahnya sukar untuk beku, pengidap tekanan darah rendah, pengidap penyakit kulit serius, invidu yang sedang kesurupan (gangguan jin), individu yang mudah pitam atau fobia dengan darah dan individu yang terlampau kekenyangan, kehausan, kelaparan, kesejukan, selepas mandi dan selepas menderma darah.
Apakah pantang larang selepas berbekam darah?
Anda dinasihatkan JANGAN mandi, makan makanan berat, melakukan hubungan seks, melakukan kerja berat, memandu dalam jarak yang jauh ataupun tidur; dalam tempoh 2 jam selepas menjalani Bekam Sunnah. Ini adalah kerana sistem metabolisma tubuh anda sedang aktif menghasilkan hormon regenerasi sel, antibodi dan sel-sel darah yang baru. Tubuh badan perlu berada dalam keadaan stabil dan cukup tenaga.
Apakah tips sebelum datang berbekam darah?
Disyorkan berpuasa sehari sebelum tarikh sesi berbekam atau berbekam dalam keadaan perut kosong. Ini adalah bertujuan untuk memaksimakan kelancaran pengeluaran darah kotor.
Apakah kesan sementara yang berlaku selepas menjalani Bekam Sunnah?
Selepas menjalani Bekam Sunnah, akan terdapat kesan lebam berbentuk bulatan pada permukaan kulit yang disebabkan oleh sedutan vakum dan cawan bekam. Juga mungkin terjadinya parut halus akibat tusukan jarum pada kawasan lebam tersebut. Segala kesan ini tidak merbahaya dan bersifat sementara sahaja. Ianya akan hilang dalam tempoh 3 hingga 4 hari dari hari bekam dilakukan. InsyAllah.
Kaedah bekam manakah yang memberikan kesan terbaik untuk mencapai kesembuhan penyakit dan penjagaan kesihatan?
Kaedah Bekam Darah adalah kaedah yang terbaik untuk mengubati penyakit dan penjagaan kesihatan; berbanding Bekam Angin atau Bekam Luncur.
Berapa kerap kita perlu berbekam darah?
Bagi tujuan penjagaan kesihatan, disyorkan berbekam darah sebulan sekali. Bagi tujuan mengubati penyakit, disyorkan juga berbekam darah dua minggu sekali berturut-turut.
Bilakah tarikh mustajab untuk berbekam darah?
Berdasarkan hadis Nabi SAW; tarikh mustajab untuk berbekam darah ialah pada 17, 19 dan 21 haribulan kalendar Islam. Lebih baik lagi dalam keadaan perut yang kosong; pada masa selepas mengerjakan Solat Zohor. Walau bagaimanapun, tidaklah menjadi kesalahan atau larangan sekiranya melakukan Bekam Sunnah pada tarikh dan masa yang lain.
Keinginan hidup sihat dan kelihatan cantik menyebabkan manusia berikhtiar dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat itu.
Tidak cukup dengan perubatan moden, perubatan tradisional atau alternatif turut menjadi pilihan.
Hikmat Rawatan Bekam Atau Rawatan Resdung Dari Rumah Ke Rumah, Sila Call 010-3383837
No comments:
Post a Comment